Kreativiti dunia pengiklanan di Indonesia


Salam bahagia,

Cerita kali ini sebagai sambungan daripada cerita saya sebelum ini tentang jakarta, Tanah abang, bandung, kedai buku dan juga iklan kreatif di Indonesia. Kreativiti manusia memang sukar diduga. Idea liar sering muncul jika kita betul-betul fokus dalam mencari seribu satu penyelesaian.

Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Kesempurnaan manusia membolehkan nya menentukan hala tuju dan memikirkan baik buruk sendiri namun mestilah bertunjangkan tauhid kepada Allah.

Mari kita menyambung siri kali ini dengan hidangan gambar-gambar yang boleh mencetuskan minat kita tentang dunia pengiklanan semasa terutamanya pengiklanan di negara jiran kita iaitu Indonesia.

Jom saksikan....



Nyetir tak dapat difahami..namun saya mengagak maksudnya Memandu..betul tak?



Jual beli matawang asing atau dengan nama lain Pengurup matawang boleh buat business tepi jalan sahaja..begitu mudah cari rezeki...


Ruang iklan tak perlu sewa billboard... cat sahaja dinding rumah..Tuan rumah pun dapat buat duit...


Iklan di dinding bangunan memang kebiasaan di Indonesia


Iklan rokok...ayat gempak...siap ada amaran lagi..Enjoy kalau hisap rokok...Tak kena betul iklan ni...


Ini hospitalkah?


Kedai pakaian di Bandung


Di Malaysia kedai gunting rambut, di indonesia, kedai Pangkas Rambut


Biasa kita sikat rambut..di Indonesia sikat untuk gigi.....


Tuan rumah barangkali sudah bosan sebab ramai sangat dok tanya nak beli rumah ni..last-last tampal iklan kat depan rumah...stylo betul....he


Kedai pakaian di Bandung


Sambil beli belah dapat bergambar dengan kartun masa kanak-kanak dulu


Stylo la spiderman ni


Rambo pun ada....


Jangan tunggu sampai sakit..mantap betul ayat iklan ni...


Rawatlah aku...tak ku fahami..iklan ini kalau tak silap di stesen minyak....pening2.


Mesej dihadapan masjid Istiqlal Jakarta


Geng bola memang minat ni...bila la team tempatan nak ada bus jualan seumpama ini...


Anda kena rawat kenderaan anda......he


Tup..tup ada juga iklan Malaysia kat sini....


Cuba teka apa itu sabuk? Kalau di Malaysia sabut tu apa yer....he


Iklan pada kereta pun ada...sepenuh-penuh bahagian belakang mereka letak...Nampak tak pemandu nak tengok belakang?



Itulah keseluruhan gambar yang dapat saya kongsikan, semoga perkongsian ini memberi anda beberapa idea untuk iklan anda nanti. Kesemua perkataan saya dalam cerita ini bukanlah untuk merendahkan mana-mana negara mahupun bangsa. Kita ini semuanya sama di sisi Allah cuma yang membezakan kita dengan yang lain adalah TAKWA.

Perkongsian pasti membawa keberkatan jika digunakan untuk tujuan kebaikan. Wassalam.

Label: , ,