Hari kedua: Shopping di Tanah Abang

Perkara pertama sampai sana, beli sim kad. Harga RM 1.50
Hari ke 2

Salam semua. Kita sambung lagi perkongsian saya sepanjang perjalanan sekitar bandar jakarta. Dalam episod yang Hari pertama, saya kepenatan seharian kerana perjalanan kami bermula awal pagi sekitar jam 4 pagi sehinggalah tiba di penginapan kami di jakarta barat sekitar waktu petang. Memang penat.

Keesokan harinya iaitu hari ke 2 berada di sana, kami mulakan kembara seawal jam 8.30 pagi. Disini azan subuh sekitar jam 4 lebih (pagi). Kedai-kedai mula di buka untuk berbelanja sekitar jam 8.30 pagi. Kami mulakan dengan ke Tanah Abang. Satu gedung beli belah borong tersohor di jakarta.



Menjadi tumpuan ramai pelancong terutamanya dari Malaysia. Pasar borong ini lebih kurang Bazar Tok guru di kelantan. Namun keluasannya dan ketinggiannya sahaja yang berbeza. Memang cukup besar. Dan harga yang ditawarkan cukup murah berbanding di Malaysia. Pasar borong pakaian ini menjual dari set pakaian kanak-kanak sehinggalah kepada yang dewasa.

Contohnya, jika di Malaysia, baju jaket yang kulit, sekitar RM 100-200 (kualiti tinggi) tapi disini harganya cuma sekitar RM 60. Pakaian wanita juga sepanjang saya lihat-lihat, memang sangat murah.. Kain tudung untuk solat, bersulam di Malaysia sekitar RM150, Disini sekitar RM 50-60 sahaja. Memang tanah abang untuk kaki shopping dan majoriti pengunjungnya juga WANITA.

Dibawah saya kongsikan warna-warni kemeriahan sepanjang berada di Tanah abang.


Gerai nasi Uduk di tepi jalan


Nasi Uduk..hidangan kebiasaan masyarakat tempatan . RM 1.80


Perjalanan ke Tanah Abang dengan bajai






Baju murah. Convert sendiri lah yer harga nya..hehe




Syurga pakaian untuk wanita....




Sebelah petang saya memberanikan diri mengembara seorang diri dari tempat penginapan ke lapangan terbang untuk mengambil Alang dan Ayah mertua. Perjalanan seorang diri memang paling saya hargai. Baru sampai sehari di bumi jakarta, terus menyamar orang jakarta. Ha3.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan sekitar 1-2 jam, tiada perkara yang tidak diingini berlaku .Yang penting, pandai tawar menawar untuk dapatkan harga yang murah, serta bertanya dahulu pada yang tahu tentang harga dan petua2 sepanjang berada di sini. Terima kasih angah.


Abang bajai sedang memandu dengan tekunnya


Kedai tayar tepi jalan. Tak perlu lesen niaga ni...he



Monas (Monumen nasional) indonesia. Puncaknya adalah emas. Di jakarta.



Rupa bajai yang saya maksudkan sebelum ini





 Ayah mertua yang kepenatan

Perjalanan saya bermula dari Tomang (tempat penginapan) dengan menaiki Bajai ( motosikal roda 3) untuk ke Stesen bas Gambir (atau stesen bis) . Dari stesen bas, perjalanan diteruskan ke Bandara atau Bandar Udara (lapangan terbang) dengan menaiki bas Damri. Perjalanan sebelah petang agak sibuk. Ini kerana `macet` (jem) berlaku disana sini. Huh. Bersabar saje lah.

Satu budaya yang lain dari malaysia adalah orang di jakarta ini memang suka bunyikan hon. Dimana sahaja, bunyi hon x pernah sunyi. Ada sahaja. Bagi yang tak tahan, kena pakai penutup telinga la....he

Setelah mengambil ayah dan alang petang itu, penat badan dan lapar juga kuat terasa. Kami pergi `melepak` di Mall yang berdekatan dengan rumah. Menyantap sajian makan malam mewah di bangunan mall yang besar dengan harga setara dengan makan di warung-warung biasa di KL. Boleh tahan murah juga la. Kalau nasi gorengnya sekitar RM5-6.


Alang Ber`posing` diatas bola gergasi



3 beranak bersiar-siar di Centre park



Pandangan dari atas, tempat kami menjamu selera


Ayah makan nasi goreng cina..he..macam sedap 


Central park. Salah satu tempat beli belah sekitar bandar Jakarta Barat

Alhamdulillah, Malam itu cukup sibuk sekali. Jadual padat sampai ke tengah malam. Balik sudah kepenatan. Tidak sabar menantikan hari ke 3 pula..Malam itu juga isteri tercinta sampai dengan penerbangan Tigerairways. Paling lewat tiba. Tak sabar berjumpa isteri tersayang..hehe..

Bersambung...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan lanjut boleh email kepada saya di : saintisislam86@gmail.com

*Insyaallah saya sedia membantu. Beri saya sedikit masa untuk membalasnya. Terima kasih
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Pertama di Jakarta

Hari 3: Wisuda dan Buku oh buku

Hari 4: Melancong ke Bandung


Hari 5: Kenangan indah di Jakarta

Label: , ,